Wednesday, June 17, 2015

Dia...Isteri Luar Biasa

Assalammualaikum...

Salam 1Ramadan buat semua blogger dan juga pembaca blog.

Tengok tajuk post saya bukan nak cerita pasal drama nih. Tapi promo novel nukilan Ain Nadzimah. Mesti ramai yang memang follow drama nih dri awal. Mesti ada yang tak sabar nak tahu kesudahan. Justeru itu, kepada yang berminat nak memiliki novel nih, boleh dapatkan daripada saya. Ha..saya penjual. Korang meh lah jadi pembeli..Hihihi


RM 24.00
(harga tidak termasuk postage)

**pembeli bertuah akan dapat diskaun untuk postage  :)

berminat boleh emel ke : miraadzlia@yahoo.com

Meh belanja sinopsis novel ni...

SINGLE is simple, double is trouble…
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy… Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” ~ DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara¬’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar… errr… Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu…” ~ RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Temui jawapannya dalam DIA… Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Penulis: Umie Nadzimah
ISBN: 978-967-0567-15-0
Berat: 0.5kg

tata titi tutu
sekian~~

No comments:

Post a Comment