Thursday, September 3, 2015

Filem Kapsul Menampilkan Tun Mahathir



Assalammualaikum....

Sejak dua menjak ni, agak ada kekangan masa dan idea nak menulis. Tak tau lah mana fikiran menerawang.

Dah lama juga tak blog walking. Arini berkesempatan, maka terbaca post penulis blog famous Mak Dara . Aku memang selalu baca tulisan beliau dan tau jugak yang arwah suami beliau adalah penulis skrip yang bagus.

Sebak jugak baca entri terbaru Mak Dara . *Mata masuk habuk*. Filem Kapsul merupakan karya terakhir arwan suami Mak Dara iaitu Allahyarham Martias Ali.

Kata para pengkritik filem, Filem Melayu tak berkualiti. Tak bermoral. Lakonan kayu.

Tapi filem Kapsul ni, membawa kelainan. Berkisar tentang sebuah perjuangan, pahit getir mencapai sebuah kemerdekaan. Memberi pengajaran dan kesedaran terhadap anak muda kini khususnya yang tidak mengetahui erti kemerdekaan . Dengan pelakon hebat iaitu Faizal Hussein. Paling special pasal filem ni, penampilan khas Tun Mahathir Mohamad. Mantan PM Malaysia. Tokoh yang sangat disegani dan menjadi idola ramai orang.

Kapsul ni sebenarnya benda yang wujud. Aku hampir terlupa pasal kapsul ni. Bila google baru teringat. Semasa pelancaran monumen Alaf Baru di Putrajaya, Tun M ada meletakkan perutusan khas di dalam kapsul masa untuk dibaca pada tahun 2020. Kapsul masa yang ada di dalam bentuk cip itu diletakkan pada dinding di dasar monumen berkenaan.

Kapsul tu lah memberi inspirasi penghasilan filem ni.





Sinopsis Filem Kapsul:


Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.


Saksikan di pawagam berdekatan anda pada 17.9.2015
"Kau Perlu Merasai Untuk Kau Memahami"

Jom nanti kita sama-sama tengok filem ni ya. Doa kami, semoga filem ni akan memberikan impak yang besar dalam industri filem Malaysia dan semoga akan jadi filem box-office. Usaha yang baik in shaa Allah akan baik la hasilnya.   :)

tata titi tutu
sekian