Sunday, May 24, 2015

ZAWARA ONLINE

Assalammualaikum...


Kenali Jenama Zawara

Akhir-akhir ini, semakin banyak jenama yang mengeluarkan koleksi pakaian Muslimah. Seperti yang kita sedia maklum, pakaian Muslimah semakin mendapat perhatian di kalangan penggemar fesyen khususnya wanita yang betudung. Semakin ramai juga wanita yang kini mengenakan hijab dan tidak mahu ketinggalan dalam tampil bergaya. 

Salah satu jenama terbaru yang menyediakan koleksi pakaian Muslimah terkini adalah ZAWARA. Mungkin masih belum dikenali ramai, namun pada pendapat saya, ZAWARA merupakan jenama pakaian Muslimah yang patut dikenali oleh semua wanita Muslimah di Malaysia. 

Bukan sahaja kita patut menyokong jenama tempatan, ZAWARA juga membariskan koleksi pakaian yang sangat berkualiti dan boleh anda miliki dalam tawaran harga yang cukup berpatutan.





Di Zawara online, anda boleh menemui koleksi jubah moden yang direka khas untuk para Muslimah moden. Bukan sahaja sesuai digayakan ke tempat kerja, koleksi jubah ini juga boleh anda gayakan ke majlis-majlis istimewa yang lain.





Selain koleksi pakaian formal, ZAWARA juga menyediakan koleksi pakaian kasual seperti long pants dan blouse Muslimah yang sopan dan trendy. Setiap pakaian yang dikeluarkan oleh ZAWARA diperbuat dengan menggunakan material yang berkualiti dan menjamin keselesaan anda. Selain itu, pakaian Muslimah yang ditawarkan juga direka dengan mengikuti citarasa trend terkini.





Oleh yang demikian, jika anda juga merupakan seorang penggemar ZAWARA, anda kini boleh membuat pembelian anda di ZALORA Malaysia. Zalora turut menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma serta pulangan percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. 

Wednesday, May 20, 2015

Sate Madura

Assalammualaikum...


Gara-gara terbabit dok layan "Best in The World" si Razif Hashim tu, kami pun mancari lah tempat makan yang tak pernah pergi walhal kadang-kadang dekat-dekat aje ngan rumah. Kali ni kitorang pergi jauh nun ke Madura, Indonesia. Okey. Itu tipu. Tapi yang ni iolls tak tipu. Serius sedap giler weh...

Bertempat di Lot 1030, Jalan Cempaka, Kg Sg Kayu Ara, Selangor, sate ini dijual oleh orang Indonesia asli punya.

Nikmatnya sate ni, sebab dagingnya tak diperap. Terus aje dibakar. Pergh...cuba bayangkan makan daging grill. Camtu ler rasanya dan persaannya.

Serius tak tipu, pada tekak dan mulut aku memang sedap la. Kuahnya ada perbezaan juga dengan sate biasa. Ada cili api lagi kau. Ha. pada yang tak makan pedas, jaga-jaga jangan sampai tergigit cili api tu. Kang berapi je rasa.

Tak syiok la kalau citer je tapi takde pun gambarnya..Mana boleh takde..Ini blogger la. Gambar mesti ada la..hihi










tu dia menu siap dengan harga sekali. Dah boleh kira-kira dah berapa cucuk mau makan berapa harganya.

Kami tak makan kat situ. Nikmat dikongsi bersama dengan keluarga di rumah gitu. Pergh, nikmatnya. Terbaik. Favourite iolls haruslah sate daging. Macam makan grill beef tu.

Apa tunggu lagi, kalau tak tau jalan waze kan ade. Waze kan aje. Hihi.. Tapi pastikan taip "Jalan Cempaka"sebab aritu terkena taip sate madura, waze bawak sampai umah orang yang ada security guard. Takkan pulak pak guard tu yang meniaga kat kawasan tu.

Selamat menikmati.

#luculaawakni

*kalau tekak korang kata tak sedap, jangan cop iolls menipu sebab ini pengalaman dan pendapat peribadi**

sekian



Tuesday, May 19, 2015

GMBM 1st Giveaway 2015


http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html



Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.

Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-

  1. Blogger Malaysia.
  2. Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
  3. Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
  4. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
  5. Semua penaja boleh menyertai segmen ini. 
  6. Lengkapkan syarat di bawah:-
  • Follow Belog


  • Follow Instagram 

@Yong | @Sofu


  • Follow Google +



  • Like Fanpages 




  • Follow FaceBook

Norihan Yusuf


♪ ♩♫ Selamat bersegmen dan semoga bertuah !! ♪ ♩♫

 
Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy, Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza, Fara.

Klik Banner GA Untuk Join

**hope dapat aura aktif berbelog dengan menjoinkan diri dalam giveaway ni..mohon korang support tite ye**hihi

#luculaawakni
sekian
wasalam

Flowerday - Ceriakan Hari Seseorang dengan Bunga RM38

Assalammualaikum...

Iolls nak kongsi dengan uolls ni. Online florist yang jual bunga dengan harga cuma RM38 dan the best part is delivery adalah percuma. Suka kan. Serius, cantik-cantik gubahan bunga yang dorang buat. Kelainan flowerday ni, setiap hari gubahan dan jenis bunga yang dijual adalah berbeza. "Flower of the day". Hanya satu jenis gubahan saja dan kalau berminat terus klik order je. Kemudian, esok hari, gubahan bunga lain pulak dijual. Begitulah hari-hari yang berikutnya. Ahah, teruja kan...dan..dan..yang paling best adalah penghantaran PERCUMA...tapi..tapi buat masa ni penghantaran cuma sekitar LEMBAH KLANG SAHAJA....

Serius ek, memang puas hati sangat dengan service dan gubahan bunga tu. Paling penting, tengok orang yang kita sayang senyum meleret sampai rasa mulut tak cukup lebar.hihihi

Tak payah banyak jom belanja gambar sikit.




tada!!!
ni "flower of the day Tuesday 12th May 2015"

ini...gambar penerima bertuah itewww...
mama merangkap best friend forever ever and ever, merangkap juga penasihat, merangkap juga master chef kat rumah dan ratu hatiku...gitewwww....

**gambar sebelum dapat bunga sebenarnya..Masa hari kejadian, tak sempat amik gambar..hihihi...

sama kan bunga tadi dengan dalam gambar ni, nampak tak..maksudnya mereka jujur gitew. dalam gambar exactly sama dengan yang dihantar. Setakat senget 30 darjah barat tu jangan amik kira sangat la eh. 



shipping is free!!

nak order untuk yang tersayang, disayang, sayang menyanyang cinta dikenang.....moh ler bukak website ni


**peringatan :perkhidmatan untuk Klang Valley saja tau...mungkin sebab dorang masih baru

**peringatan lagi sekali , penulis blog yang menulis ini, adalah TIDAK DIBAYAR, DISOGOK sama sekali tidak ye..ini pengalaman sendiri..kan orang kata, sharing is caring. Kerana dirimu begitu berharga gitewww

#luculaawakni

tata titi tutu

sekian...wasalam