Monday, October 12, 2015

The Pisang Cheese

Assalammualaikum..

Pisang goreng biasanya enak dimakan begitu saja. (Macam tagline Gardenia je???)

Zaman moden dan serba canggih ni, pisang pun dah dikormesialkan. Dah jadi makanan antarabangsa gitu. Letak cheese la. Letak coklat la. Letak karamel la. Macam-macam letaknya.

Esok-esok adalah pulak letak kopi, teh tak pun letak mayonis ke kan. Ha..terus famous sampai negara omputih nun..

Al-kisahnya, sekali lagi lah penangan laman sosial yang dok tunjuk kesedapan The Pisang Cheese ni. Tak sangka dekat ngan area rumah aku. Dekat tak dekat sangat la pun. Dalam 5 minit jugak.

Okey..okey fine.. Memang kena pergi beli dan rasa jugak kan. Sibuk jugak nak tau sedap ke tidak..

Maka, beli la aku pisang itu pada ari Sabtu yang lalu.


Pisang Cheese Original

Ada cheese je

Chocolate Cheese

Coklat rice + Cheese




Tengok ha packaging dia. Dalam kotak uolls..Kelassss


Senarai menu & harga
Harga yang berpatutan. Mampu milik gitu

Kalau nak tau stall The Pisang Cheese ni kat mana, cari je Restoran Jamal Mohamad.

Untuk info, selain The Pisang Cheese, ada lagi banyak stall-stall makanan yang menarik untuk dicuba.

Ahah...nanti la aku pun nak cuba jugak. Nanti apa-apa akan daku update di sini ya..

Owh ya. The Pisang Cheese memang sedap. Harga pun okey.
Boleh try beli dan rasa tengok macam mana.
Kalau aku memang boleh repeat. Sebab dekat ngan rumah pun kan..hehe

**Entri yang saja bikin korang terliur.hehe

~Sekian

tata titi tutu




Sunday, October 11, 2015

Lorong Seratus Tahun

Assalammualaikum...


Lama tak review pasal makan. Walhal, tiap-tiap hari pun makan. Tapi takkan nak update hari-hari pasal makan je kan.

Jumaat waktu rehat yang panjang, digunakan sebaik-baiknya oleh aku dan rakan-rakan sepejabat untuk makan tengah hari bersama....(skema tak ayat??)

Kami selalu makan kat kedai dekat-dekat je. Takpun memang selalu bawak bekal bungkus dalam plastik je. Maklumlah penjimatan berganda.

Buntu tak tau nak ke mana. Kitorang decide nak makan kat food court Sunway Putra Mall. Ini gara-gara pengaruh rakan tak sebaya la ni. Dok post kat facebook. Kan dah terliur..hehe

Tingkat 4, Sunway Putra Mall adalah food court yang agak baru jugak dibuka.

Okey cara-cara nak makan kat sini:

(1) Pergi kaunter
(2) Order
(3) Bayar


(4) Dan dia akan bagi kejadah tu. Korang bawaklah sekali letak atas meja pilihan korang.


Terkedu?
Jangan kata korang. Kami lagi terkedu dan sendu tengok harganya
Boleh tahan la...hahaha
Ke korang tak rasa apa-apa..Rasa biasa je??hihi





Asam Laksa

ABC

Char Kue Teow


Harga-harga korang boleh rujuk & patah balik ke gambar resit / papan tanda tadi. Malas nak taip banyak-banyak..haha



ni kat luar kedai...memang cantik design food court ni... Ala-ala zaman dahulu kala gitu.

Kedai sayur acah-acah

Hampir terpedaya ingatkan kedai sayur betul...huhu



Itulah kisah kami lunch...

Amacam??

Ada perasaan nak pergi tak??

Bagi aku makanan dia 
4****

Harga dia
3***

Tempat
4****

Tak rugi mencuba pada yang belum.. Memang sedap. Cuma harga ada sikit keberatan..hehe.. Time gaji boleh la nak melahap lagi..

Sekian~~ 
tata titi tutu


Tuesday, October 6, 2015

Secret Garden Coloring Book

Assalammualaikum..


Tatkala menulis post ni, tangan dok menggeletar dek kesejukan hari..Syukurlah Malaysia masih sejuk..Eh...

Kebiasaanya, kaler-kaler ni, warna-warni ni selalu kerja kanak-kanak. Mak dan pak kanak-kanak tak terlibat. Takut dilabel budak-budak sangat.

Tapi, tahukah anda bahawasanya mewarna boleh jadi salah satu terapi untuk hilangkan stress gitu..

Sungguh ni. Yang benar..

Tapi, kalau dewasa ni, kenalah warna yang mencabar sikit. Malulah kat kanak-kanak kalau senang sangat kan..

Menjadi antara buku yang terlaris dijual di Amazon.com. Wah.Hebat kan.






hah warnalah sampai pengsan..kuikuikui


Ada 96 muka surat. Depan belakang.

Ilustrasi semua cantik-cantik bak hang.

Yang ni hasil yang telah dicari kat Google




melting!!

Rasa semangat nak mewarna camtu..

Memang boleh hilangkan stress

Tapi, aku lagi stress wat benda ni sebab hasilnya tak jadi macam yang pak cik Google bagi tu..huhu...sedih :(


kepada uolss yang berminat nak menceburi hobi baru, opss hobi masa kecik-kecik dulu tapi wujud semula waktu dewasa ni, mai PM ya..

Harga RM 25.00 (termasuk postage untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak tambah lagi RM 2.00 ya) 



ada jugak dalam bentuk post card

Harga RM 15.00 (termasuk postage untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak tambah lagi RM 2.00 ya)


Boleh jemput LIKE & layari page kami ni untuk buku-buku lain jugak.



Sekian~~
tata titi tutu