Thursday, March 23, 2017

Choco Loco Caffe


Assalammualaikum...

Lama betul tak menulis kat sini..Aduhai.. Maaflah ye blog. Kekangan masa gitu. Ketandusan idea pun ye jugak..hehe

Ni baru wujud kesedaran dalam diri nak kena menulis jugak sebab dah pendam lama hasrat. Rindu bak hang. Macam biasalah, kalau menulis jer mesti nak menulis pasal makan. Makan. Makan. Makanan dan Makan lagi.. hahaha

Nak buat macam mane. Maklum ler penulis blog ini merupakan seorang yang suka sangat makan. Makan.. dan makan lagi. Hobi pun memang makan dan survey makanan sedap-sedap..

Alah korang pun suka kan. Jangan tak ngaku sangatlah.

Dalam banyak-banyak makanan yang suka dimakan dan selalu dimakan adalah.....

COKLAT

sebab?

SEDAP lah!!

ni ada satu kafe coklat yang sangat recommended untuk korang-korang yang suka makan coklat macam aku.

Nama kafe : Choco Loco Caffe

Alamat : Publika (D1-G3-03, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur)




ala lupa la yang ni namanya apa..mohon jangan kecam ye :p

nampak tak muka riang ria nak makan coklat

Choco Crepe : RM 16.00

*serius weh yang nih memang sedap....aku kasi 5 ha...hahahahaha 

Loco Sizzle Brownies : RM 17.00

*betul-betul sizzling ni tau...tapi rasa dia aku tak berapa minat. pastu memang la kenyang sangat nak. maklumlah brownies kan.

siap dapat free marshmellow untuk anakanda

Kesimpulannya di sini, marilah makan coklat. Ada fakta mengatakan bahawa coklat boleh menguatkan daya ingatan. Tapi aku makin teruk pelupa. Owh faktor usia barangkali atau faktor dah jadi mak-mak ??

Masih mencari jawapan

Maka, tamatlah kisah Choco Loco Caffe  di sini. 

Nanti jumpa lagi dengan makanan lain :p

see ya!!!

tata titi tutu

Sekian



Monday, October 12, 2015

The Pisang Cheese

Assalammualaikum..

Pisang goreng biasanya enak dimakan begitu saja. (Macam tagline Gardenia je???)

Zaman moden dan serba canggih ni, pisang pun dah dikormesialkan. Dah jadi makanan antarabangsa gitu. Letak cheese la. Letak coklat la. Letak karamel la. Macam-macam letaknya.

Esok-esok adalah pulak letak kopi, teh tak pun letak mayonis ke kan. Ha..terus famous sampai negara omputih nun..

Al-kisahnya, sekali lagi lah penangan laman sosial yang dok tunjuk kesedapan The Pisang Cheese ni. Tak sangka dekat ngan area rumah aku. Dekat tak dekat sangat la pun. Dalam 5 minit jugak.

Okey..okey fine.. Memang kena pergi beli dan rasa jugak kan. Sibuk jugak nak tau sedap ke tidak..

Maka, beli la aku pisang itu pada ari Sabtu yang lalu.


Pisang Cheese Original

Ada cheese je

Chocolate Cheese

Coklat rice + Cheese




Tengok ha packaging dia. Dalam kotak uolls..Kelassss


Senarai menu & harga
Harga yang berpatutan. Mampu milik gitu

Kalau nak tau stall The Pisang Cheese ni kat mana, cari je Restoran Jamal Mohamad.

Untuk info, selain The Pisang Cheese, ada lagi banyak stall-stall makanan yang menarik untuk dicuba.

Ahah...nanti la aku pun nak cuba jugak. Nanti apa-apa akan daku update di sini ya..

Owh ya. The Pisang Cheese memang sedap. Harga pun okey.
Boleh try beli dan rasa tengok macam mana.
Kalau aku memang boleh repeat. Sebab dekat ngan rumah pun kan..hehe

**Entri yang saja bikin korang terliur.hehe

~Sekian

tata titi tutu




Sunday, October 11, 2015

Lorong Seratus Tahun

Assalammualaikum...


Lama tak review pasal makan. Walhal, tiap-tiap hari pun makan. Tapi takkan nak update hari-hari pasal makan je kan.

Jumaat waktu rehat yang panjang, digunakan sebaik-baiknya oleh aku dan rakan-rakan sepejabat untuk makan tengah hari bersama....(skema tak ayat??)

Kami selalu makan kat kedai dekat-dekat je. Takpun memang selalu bawak bekal bungkus dalam plastik je. Maklumlah penjimatan berganda.

Buntu tak tau nak ke mana. Kitorang decide nak makan kat food court Sunway Putra Mall. Ini gara-gara pengaruh rakan tak sebaya la ni. Dok post kat facebook. Kan dah terliur..hehe

Tingkat 4, Sunway Putra Mall adalah food court yang agak baru jugak dibuka.

Okey cara-cara nak makan kat sini:

(1) Pergi kaunter
(2) Order
(3) Bayar


(4) Dan dia akan bagi kejadah tu. Korang bawaklah sekali letak atas meja pilihan korang.


Terkedu?
Jangan kata korang. Kami lagi terkedu dan sendu tengok harganya
Boleh tahan la...hahaha
Ke korang tak rasa apa-apa..Rasa biasa je??hihi





Asam Laksa

ABC

Char Kue Teow


Harga-harga korang boleh rujuk & patah balik ke gambar resit / papan tanda tadi. Malas nak taip banyak-banyak..haha



ni kat luar kedai...memang cantik design food court ni... Ala-ala zaman dahulu kala gitu.

Kedai sayur acah-acah

Hampir terpedaya ingatkan kedai sayur betul...huhu



Itulah kisah kami lunch...

Amacam??

Ada perasaan nak pergi tak??

Bagi aku makanan dia 
4****

Harga dia
3***

Tempat
4****

Tak rugi mencuba pada yang belum.. Memang sedap. Cuma harga ada sikit keberatan..hehe.. Time gaji boleh la nak melahap lagi..

Sekian~~ 
tata titi tutu


Tuesday, October 6, 2015

Secret Garden Coloring Book

Assalammualaikum..


Tatkala menulis post ni, tangan dok menggeletar dek kesejukan hari..Syukurlah Malaysia masih sejuk..Eh...

Kebiasaanya, kaler-kaler ni, warna-warni ni selalu kerja kanak-kanak. Mak dan pak kanak-kanak tak terlibat. Takut dilabel budak-budak sangat.

Tapi, tahukah anda bahawasanya mewarna boleh jadi salah satu terapi untuk hilangkan stress gitu..

Sungguh ni. Yang benar..

Tapi, kalau dewasa ni, kenalah warna yang mencabar sikit. Malulah kat kanak-kanak kalau senang sangat kan..

Menjadi antara buku yang terlaris dijual di Amazon.com. Wah.Hebat kan.






hah warnalah sampai pengsan..kuikuikui


Ada 96 muka surat. Depan belakang.

Ilustrasi semua cantik-cantik bak hang.

Yang ni hasil yang telah dicari kat Google




melting!!

Rasa semangat nak mewarna camtu..

Memang boleh hilangkan stress

Tapi, aku lagi stress wat benda ni sebab hasilnya tak jadi macam yang pak cik Google bagi tu..huhu...sedih :(


kepada uolss yang berminat nak menceburi hobi baru, opss hobi masa kecik-kecik dulu tapi wujud semula waktu dewasa ni, mai PM ya..

Harga RM 25.00 (termasuk postage untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak tambah lagi RM 2.00 ya) 



ada jugak dalam bentuk post card

Harga RM 15.00 (termasuk postage untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak tambah lagi RM 2.00 ya)


Boleh jemput LIKE & layari page kami ni untuk buku-buku lain jugak.



Sekian~~
tata titi tutu

Thursday, September 3, 2015

Filem Kapsul Menampilkan Tun Mahathir



Assalammualaikum....

Sejak dua menjak ni, agak ada kekangan masa dan idea nak menulis. Tak tau lah mana fikiran menerawang.

Dah lama juga tak blog walking. Arini berkesempatan, maka terbaca post penulis blog famous Mak Dara . Aku memang selalu baca tulisan beliau dan tau jugak yang arwah suami beliau adalah penulis skrip yang bagus.

Sebak jugak baca entri terbaru Mak Dara . *Mata masuk habuk*. Filem Kapsul merupakan karya terakhir arwan suami Mak Dara iaitu Allahyarham Martias Ali.

Kata para pengkritik filem, Filem Melayu tak berkualiti. Tak bermoral. Lakonan kayu.

Tapi filem Kapsul ni, membawa kelainan. Berkisar tentang sebuah perjuangan, pahit getir mencapai sebuah kemerdekaan. Memberi pengajaran dan kesedaran terhadap anak muda kini khususnya yang tidak mengetahui erti kemerdekaan . Dengan pelakon hebat iaitu Faizal Hussein. Paling special pasal filem ni, penampilan khas Tun Mahathir Mohamad. Mantan PM Malaysia. Tokoh yang sangat disegani dan menjadi idola ramai orang.

Kapsul ni sebenarnya benda yang wujud. Aku hampir terlupa pasal kapsul ni. Bila google baru teringat. Semasa pelancaran monumen Alaf Baru di Putrajaya, Tun M ada meletakkan perutusan khas di dalam kapsul masa untuk dibaca pada tahun 2020. Kapsul masa yang ada di dalam bentuk cip itu diletakkan pada dinding di dasar monumen berkenaan.

Kapsul tu lah memberi inspirasi penghasilan filem ni.





Sinopsis Filem Kapsul:


Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.


Saksikan di pawagam berdekatan anda pada 17.9.2015
"Kau Perlu Merasai Untuk Kau Memahami"

Jom nanti kita sama-sama tengok filem ni ya. Doa kami, semoga filem ni akan memberikan impak yang besar dalam industri filem Malaysia dan semoga akan jadi filem box-office. Usaha yang baik in shaa Allah akan baik la hasilnya.   :)

tata titi tutu
sekian

Thursday, August 20, 2015

PONEY Warehouse Sale

Assalammualaikum...



Kepada mak-mak dan pak-pak 

Jom lah kita serbu jualan ni. Poney kot.. (nada macam bangga gila sebab nak beli barang branded)

Maklumlah, bila time takde sale, boleh tahan gak harga dia. rasa tercekik jugak nak beli.

Sempat lagi ni.

Dapat yang murah-murah, cantik-cantik memang syiok la.

Takpe nak cuba nasib dulu.

Jumpa kat sana uollss



tata titi tutu
sekian


#luculaawakni

Naluri Mak-mak


Assalammualaikum....

Sejak naik pangkat jadi mak orang ni, aku dapat rasa aku semakin sensitif dan sesentap..

Aduh...

Why ha??

Kadang-kadang takde motip nak sentap pun. Saja suka penyentap.Boleh gitu??

Adakah kerana sifat keibuan itu yang mengubah segala hormon-hormon yang ada??

Atau pun dah memang aku nih terlebih-lebih poyo nak sentap-sentap pulak kan...

Okey mengaku sejak jadi mak nih, aku lebih suka kanak-kanak. Tapi prefer kanak-kanak riang, kanak-kanak ribena. Tapi kalau kanak-kanak cengeng tu jenuh jugak nak pujuk.. Anak sendiri takpe..

Bukanlah kata dulu tu menyampah ngan kanak-kanak.

teringat masa zaman sekolah dulu, kalau cikgu-cikgu bawak anak, confirm kawan-kawan aku dah pegi mengejar dah cikgu tu. Berebut nak pegang anak dia. Yang aku steady je. Muka memang confident, ego-egois dan sombong tahap nak kena campak lombong.

Aish tak kuasa aku nak berebut. Suka hati korang la nak pegang...


Hari ni, dah jadi mak, rasa nak kelek anak tu 24 jam, 7 hari. 


Lain perasaannya tu.

Masa tengah preggy tu memang dah terpikir macam-macam

Mampu ke nak jaga anak?
Mampu ke nak bangun tengah malam sebab aku jenis tidur mati jugak..
mampu ke nak bagi kasih sayang??
Mampu ke dari sudut kewangan?

Aish macam-macam la..

Tu kalau cerita kat orang mulut tahap nenek sihir, mahu dimaki aku

"KO pandai buat, pandai lah jaga"....


Tapi, orang kata, bila dah rasa, dah lalui, rasa biasa je..

Naluri keibuan datang sendiri..Gitu...

Ahah..sebut keibuan dah terbayang dah..Lemah lembut..Lemah gemalai..Pandai masak, rajin berkemas, gelak sopan, serba serbi sopan la gitu..

Cuma yang tu je aku rasa macam tak berapa ke arah tu..hahahaha

Taklah sopan sangat...Nak kata kurang adab pun bukanlah..Biasa-biasa je

Apa-apa pun, orang kata lalui lah kehidupan dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh kegembiraan...

Semoga perjalanan kehidupan kita, akan disinari cahaya kebahagiaan yang berkekalan hingga ke hujung nyawa..Wah gitu...



Ok lah nak, mak macam penat taip. Mata kelabu dah. Maklumlah malam tadi 3 kali bangun. Anak nak susu.. 

Tidur tidak pernah lena lagi, Tapi hati ini rasa terisi dan happy  :)
So, kepada mak-mak, terutama mama ku, I Love U so Mucchooo!!Besarnya pengorbanan seorang ibu..
*Berharap nanti anak aku pun akan tulis pasal aku dalam blog dia satu ari nanti..hahaha..jauh betul pemikiran :)


tata titi tutu

eh..eh...meh layan gambar sikit...hihi




tengok anak lena tidur, rasa bergetar rusuk kiri aku...hahaha

*sorry takde kena mengena


rasa lapang dada tengok little angel tidur :)


sekian

Wasalam..