Monday, October 12, 2015

The Pisang Cheese

Assalammualaikum..

Pisang goreng biasanya enak dimakan begitu saja. (Macam tagline Gardenia je???)

Zaman moden dan serba canggih ni, pisang pun dah dikormesialkan. Dah jadi makanan antarabangsa gitu. Letak cheese la. Letak coklat la. Letak karamel la. Macam-macam letaknya.

Esok-esok adalah pulak letak kopi, teh tak pun letak mayonis ke kan. Ha..terus famous sampai negara omputih nun..

Al-kisahnya, sekali lagi lah penangan laman sosial yang dok tunjuk kesedapan The Pisang Cheese ni. Tak sangka dekat ngan area rumah aku. Dekat tak dekat sangat la pun. Dalam 5 minit jugak.

Okey..okey fine.. Memang kena pergi beli dan rasa jugak kan. Sibuk jugak nak tau sedap ke tidak..

Maka, beli la aku pisang itu pada ari Sabtu yang lalu.


Pisang Cheese Original

Ada cheese je

Chocolate Cheese

Coklat rice + Cheese




Tengok ha packaging dia. Dalam kotak uolls..Kelassss


Senarai menu & harga
Harga yang berpatutan. Mampu milik gitu

Kalau nak tau stall The Pisang Cheese ni kat mana, cari je Restoran Jamal Mohamad.

Untuk info, selain The Pisang Cheese, ada lagi banyak stall-stall makanan yang menarik untuk dicuba.

Ahah...nanti la aku pun nak cuba jugak. Nanti apa-apa akan daku update di sini ya..

Owh ya. The Pisang Cheese memang sedap. Harga pun okey.
Boleh try beli dan rasa tengok macam mana.
Kalau aku memang boleh repeat. Sebab dekat ngan rumah pun kan..hehe

**Entri yang saja bikin korang terliur.hehe

~Sekian

tata titi tutu




Sunday, October 11, 2015

Lorong Seratus Tahun

Assalammualaikum...


Lama tak review pasal makan. Walhal, tiap-tiap hari pun makan. Tapi takkan nak update hari-hari pasal makan je kan.

Jumaat waktu rehat yang panjang, digunakan sebaik-baiknya oleh aku dan rakan-rakan sepejabat untuk makan tengah hari bersama....(skema tak ayat??)

Kami selalu makan kat kedai dekat-dekat je. Takpun memang selalu bawak bekal bungkus dalam plastik je. Maklumlah penjimatan berganda.

Buntu tak tau nak ke mana. Kitorang decide nak makan kat food court Sunway Putra Mall. Ini gara-gara pengaruh rakan tak sebaya la ni. Dok post kat facebook. Kan dah terliur..hehe

Tingkat 4, Sunway Putra Mall adalah food court yang agak baru jugak dibuka.

Okey cara-cara nak makan kat sini:

(1) Pergi kaunter
(2) Order
(3) Bayar


(4) Dan dia akan bagi kejadah tu. Korang bawaklah sekali letak atas meja pilihan korang.


Terkedu?
Jangan kata korang. Kami lagi terkedu dan sendu tengok harganya
Boleh tahan la...hahaha
Ke korang tak rasa apa-apa..Rasa biasa je??hihi





Asam Laksa

ABC

Char Kue Teow


Harga-harga korang boleh rujuk & patah balik ke gambar resit / papan tanda tadi. Malas nak taip banyak-banyak..haha



ni kat luar kedai...memang cantik design food court ni... Ala-ala zaman dahulu kala gitu.

Kedai sayur acah-acah

Hampir terpedaya ingatkan kedai sayur betul...huhu



Itulah kisah kami lunch...

Amacam??

Ada perasaan nak pergi tak??

Bagi aku makanan dia 
4****

Harga dia
3***

Tempat
4****

Tak rugi mencuba pada yang belum.. Memang sedap. Cuma harga ada sikit keberatan..hehe.. Time gaji boleh la nak melahap lagi..

Sekian~~ 
tata titi tutu


Tuesday, October 6, 2015

Secret Garden Coloring Book

Assalammualaikum..


Tatkala menulis post ni, tangan dok menggeletar dek kesejukan hari..Syukurlah Malaysia masih sejuk..Eh...

Kebiasaanya, kaler-kaler ni, warna-warni ni selalu kerja kanak-kanak. Mak dan pak kanak-kanak tak terlibat. Takut dilabel budak-budak sangat.

Tapi, tahukah anda bahawasanya mewarna boleh jadi salah satu terapi untuk hilangkan stress gitu..

Sungguh ni. Yang benar..

Tapi, kalau dewasa ni, kenalah warna yang mencabar sikit. Malulah kat kanak-kanak kalau senang sangat kan..

Menjadi antara buku yang terlaris dijual di Amazon.com. Wah.Hebat kan.






hah warnalah sampai pengsan..kuikuikui


Ada 96 muka surat. Depan belakang.

Ilustrasi semua cantik-cantik bak hang.

Yang ni hasil yang telah dicari kat Google




melting!!

Rasa semangat nak mewarna camtu..

Memang boleh hilangkan stress

Tapi, aku lagi stress wat benda ni sebab hasilnya tak jadi macam yang pak cik Google bagi tu..huhu...sedih :(


kepada uolss yang berminat nak menceburi hobi baru, opss hobi masa kecik-kecik dulu tapi wujud semula waktu dewasa ni, mai PM ya..

Harga RM 25.00 (termasuk postage untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak tambah lagi RM 2.00 ya) 



ada jugak dalam bentuk post card

Harga RM 15.00 (termasuk postage untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak tambah lagi RM 2.00 ya)


Boleh jemput LIKE & layari page kami ni untuk buku-buku lain jugak.



Sekian~~
tata titi tutu

Thursday, September 3, 2015

Filem Kapsul Menampilkan Tun Mahathir



Assalammualaikum....

Sejak dua menjak ni, agak ada kekangan masa dan idea nak menulis. Tak tau lah mana fikiran menerawang.

Dah lama juga tak blog walking. Arini berkesempatan, maka terbaca post penulis blog famous Mak Dara . Aku memang selalu baca tulisan beliau dan tau jugak yang arwah suami beliau adalah penulis skrip yang bagus.

Sebak jugak baca entri terbaru Mak Dara . *Mata masuk habuk*. Filem Kapsul merupakan karya terakhir arwan suami Mak Dara iaitu Allahyarham Martias Ali.

Kata para pengkritik filem, Filem Melayu tak berkualiti. Tak bermoral. Lakonan kayu.

Tapi filem Kapsul ni, membawa kelainan. Berkisar tentang sebuah perjuangan, pahit getir mencapai sebuah kemerdekaan. Memberi pengajaran dan kesedaran terhadap anak muda kini khususnya yang tidak mengetahui erti kemerdekaan . Dengan pelakon hebat iaitu Faizal Hussein. Paling special pasal filem ni, penampilan khas Tun Mahathir Mohamad. Mantan PM Malaysia. Tokoh yang sangat disegani dan menjadi idola ramai orang.

Kapsul ni sebenarnya benda yang wujud. Aku hampir terlupa pasal kapsul ni. Bila google baru teringat. Semasa pelancaran monumen Alaf Baru di Putrajaya, Tun M ada meletakkan perutusan khas di dalam kapsul masa untuk dibaca pada tahun 2020. Kapsul masa yang ada di dalam bentuk cip itu diletakkan pada dinding di dasar monumen berkenaan.

Kapsul tu lah memberi inspirasi penghasilan filem ni.





Sinopsis Filem Kapsul:


Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.


Saksikan di pawagam berdekatan anda pada 17.9.2015
"Kau Perlu Merasai Untuk Kau Memahami"

Jom nanti kita sama-sama tengok filem ni ya. Doa kami, semoga filem ni akan memberikan impak yang besar dalam industri filem Malaysia dan semoga akan jadi filem box-office. Usaha yang baik in shaa Allah akan baik la hasilnya.   :)

tata titi tutu
sekian

Thursday, August 20, 2015

PONEY Warehouse Sale

Assalammualaikum...



Kepada mak-mak dan pak-pak 

Jom lah kita serbu jualan ni. Poney kot.. (nada macam bangga gila sebab nak beli barang branded)

Maklumlah, bila time takde sale, boleh tahan gak harga dia. rasa tercekik jugak nak beli.

Sempat lagi ni.

Dapat yang murah-murah, cantik-cantik memang syiok la.

Takpe nak cuba nasib dulu.

Jumpa kat sana uollss



tata titi tutu
sekian


#luculaawakni

Naluri Mak-mak


Assalammualaikum....

Sejak naik pangkat jadi mak orang ni, aku dapat rasa aku semakin sensitif dan sesentap..

Aduh...

Why ha??

Kadang-kadang takde motip nak sentap pun. Saja suka penyentap.Boleh gitu??

Adakah kerana sifat keibuan itu yang mengubah segala hormon-hormon yang ada??

Atau pun dah memang aku nih terlebih-lebih poyo nak sentap-sentap pulak kan...

Okey mengaku sejak jadi mak nih, aku lebih suka kanak-kanak. Tapi prefer kanak-kanak riang, kanak-kanak ribena. Tapi kalau kanak-kanak cengeng tu jenuh jugak nak pujuk.. Anak sendiri takpe..

Bukanlah kata dulu tu menyampah ngan kanak-kanak.

teringat masa zaman sekolah dulu, kalau cikgu-cikgu bawak anak, confirm kawan-kawan aku dah pegi mengejar dah cikgu tu. Berebut nak pegang anak dia. Yang aku steady je. Muka memang confident, ego-egois dan sombong tahap nak kena campak lombong.

Aish tak kuasa aku nak berebut. Suka hati korang la nak pegang...


Hari ni, dah jadi mak, rasa nak kelek anak tu 24 jam, 7 hari. 


Lain perasaannya tu.

Masa tengah preggy tu memang dah terpikir macam-macam

Mampu ke nak jaga anak?
Mampu ke nak bangun tengah malam sebab aku jenis tidur mati jugak..
mampu ke nak bagi kasih sayang??
Mampu ke dari sudut kewangan?

Aish macam-macam la..

Tu kalau cerita kat orang mulut tahap nenek sihir, mahu dimaki aku

"KO pandai buat, pandai lah jaga"....


Tapi, orang kata, bila dah rasa, dah lalui, rasa biasa je..

Naluri keibuan datang sendiri..Gitu...

Ahah..sebut keibuan dah terbayang dah..Lemah lembut..Lemah gemalai..Pandai masak, rajin berkemas, gelak sopan, serba serbi sopan la gitu..

Cuma yang tu je aku rasa macam tak berapa ke arah tu..hahahaha

Taklah sopan sangat...Nak kata kurang adab pun bukanlah..Biasa-biasa je

Apa-apa pun, orang kata lalui lah kehidupan dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh kegembiraan...

Semoga perjalanan kehidupan kita, akan disinari cahaya kebahagiaan yang berkekalan hingga ke hujung nyawa..Wah gitu...



Ok lah nak, mak macam penat taip. Mata kelabu dah. Maklumlah malam tadi 3 kali bangun. Anak nak susu.. 

Tidur tidak pernah lena lagi, Tapi hati ini rasa terisi dan happy  :)
So, kepada mak-mak, terutama mama ku, I Love U so Mucchooo!!Besarnya pengorbanan seorang ibu..
*Berharap nanti anak aku pun akan tulis pasal aku dalam blog dia satu ari nanti..hahaha..jauh betul pemikiran :)


tata titi tutu

eh..eh...meh layan gambar sikit...hihi




tengok anak lena tidur, rasa bergetar rusuk kiri aku...hahaha

*sorry takde kena mengena


rasa lapang dada tengok little angel tidur :)


sekian

Wasalam..



Tuesday, August 18, 2015

Soda Xpress Sparkling Water Maker



Assalammualaikum...

Korang suka minum air bergas tak? 

Suka tapi tak elok untuk kesihatan sebab gula tinggi..

Suka tak kalau korang jadikan semua air minum korang tu rasa bergas?

Suka..suka...suka..Saya suka!!

Nah untuk kesukaan korang.

memperkenalkan..........


Sparkling Water Maker

Tak guna bateri
Tak guna charger
Tak perlu plug in


Cuma tekan satu button je dah boleh jadi sparkling water...bubble-bubble gitu.


Besar ke msin tu?

Its portable uollsss...

Boleh hand carry gitu

Berat tak lebih 4kg

Aish macam baby gitu beratnya.





ni harga untuk stater kit
RM 210.95 (40% diskaun)

free delivery lagi 



ni lah stater kit dia...

nampak tak Carbonating Cylinder tu?
yang tu lah berfungi untuk hasilkan sparkling tu

jadi, nanti kalau macam tak berapa nak ada gas sangat, tukar cylinder tu

dekat mana-mana Chatime outlet (120 outlet kot kat Malaysia ni, mesti ada yang dekat-dekat rumah korang).


lagi satu nak bagitau, hanya guna plain water / air kosong je nak buat sparkling nih. Tak payah gatal nak masuk sirap ke teh ke dalam mesin tu.

Nanati baru la masukkan sparkling tu dalam air pilihan hati korang, Cuba bayangkan teh sparkling....Perghhhh..Cannot imagine la weh.. *Jangan cuba yang bukan-bukan eh..kang merapu hasil dia..hehe*


mohon maaf ye..owner blog nak menempel jugak kat sini. Cantik tak cantik peduli ape..hahaha
Bajet cun la konon minum Chatime tu..

yang ni Chatime punya sparkling series. 

Grape Fruit QQ 

tapi kena bagitau la nak sparkling ke idok...kalau tak nak pun boleh. Jadi takdelah rasa gas-gas itu...

Tapi encik laki aku kata "peliknya air awak ni"... (konon panggil awak la)

Aku rasa sedap je...Baguslah dia tak suka. Taklah jejas kadar air tu..hahaha
Pulun kasi habis la hingga ke titisan terakhir..hihi




ada warna putih juga..

*tapi biru tadi nampak cantik kan..kan...


opsss...sedang berfikir mau beli ke tidak..

Kot-kot boleh buat bisnes air sparkling pasnih..ahakkssss


see u soon!!!!




p/s : promo ini bukan promo berbayar. Promo kerana rasa seronok dengan benda alah ni...dan rasa berbaloi pada orang-orang yang suka minuman bergas. Ke arah menjalani cara hidup sihat tapi masih minum & makan makanan kegemaran....


tata titi tutu

sekian~~ Wasalam

#luculaawakni

Thursday, August 6, 2015

Mitsui Outlet Park, KLIA


Assalammualaikum...

Mood menulis tu dah hari-hari ada. Semangat pun tinggi setinggi langit ketujuh. Masalahnya idea pulak tak mari-mari. Stress adik tau kak. Aish..Hari ni, bertekad nak kembali semula menulis. Tak kiralah topik apa. 

Berdasarkan gambar yang ado, tajuk hari ini, Mitsui Outlet KLIA.

Tempat yang agak baru. Dibuka dengan rasminya pada 30 Mei 2015.

Sebab tempatnya agak jauh la jugak dari teratak bese-bese aku tu, maka belum terbuka hati nak pergi melawat. DItakdirkan, laki aku outstesen jadi kena hantar kat KLIA, Jadi, ni lah peluang nak menuju ke sana sekali kan. Sekali jalan katanya.

Dengan niat menyinggah aje. Atas alasan ongkos tak berapa nak hado, maklumlah baru sambut Hari Raya yang mulia kan..hehe

Sampai je kat simpang masuk, teruja tengok ni.

Bapak besarnya!!

Sebab besar sangat sampai tak tau nak parking kat mana. Parking semua memang open.  Aku suka parking open camtu.

Silalah menjamu mata dengan gambar tak seberapa dari kami. 



3 generasi......
Nampak mak dia punya dengki, sanggup sabotaj anak...hehe :p

butik pertama aku masuk, sebab teruja giler. Kononnya penggemar Zalora ni. Selalu tengok online je.


Anak dara ni cari keje cabut pokok

Muka toya sebab mengantuk. Maap ler, mak awak ni excited nak jenjalan. Sampai lupa waktu tidur anak..hehe




Ok gambar pun tak berapa nak banyak. Cukup la tu belanja sikit gambar kami...hehe...
Kang muak tengok. Sebab aku bukan Che Ta yang cun melecun tu..hehe

Nak amik gambar tempat ni pun tak berkesempatan sangat. Maklumlah bawak 'keychain' bersama. Banyak melayan beliau. Gilir-gilir ngan mak aku mendokong dia. Kalau ada Mr Hubby bolehlah bergambar rajah banyak sikit pasal selalu anak dia yang dokong pakai baby carrier....ngeh :p





Penilaian peribadi aku, tempat ni ala-ala JPO la. Cuma tak berapa menarik perhatian aku. Mungkin sebab tempat ni masih baru. Mungkin jugak sebab aku tak berapa nak mampu dengan barang-barang branded ni. dan mungkin jugak memang tempat ni bosan...Tapi, aku tengok ramai je orang, Semua bershopping dengan ghairah sekali. Tak nampak pulak muka bosan.

Masing-masing nilaikan la ye. Kalau aku, setakat menyinggah boleh lah. Dasar nak pergi jauh-jauh menyopping, tak kuasa pulak hakak dik non. . Dengan parking pun yang agak mahal. Matilanakkk

Sekian~~
Wasalam