Thursday, August 20, 2015

Naluri Mak-mak


Assalammualaikum....

Sejak naik pangkat jadi mak orang ni, aku dapat rasa aku semakin sensitif dan sesentap..

Aduh...

Why ha??

Kadang-kadang takde motip nak sentap pun. Saja suka penyentap.Boleh gitu??

Adakah kerana sifat keibuan itu yang mengubah segala hormon-hormon yang ada??

Atau pun dah memang aku nih terlebih-lebih poyo nak sentap-sentap pulak kan...

Okey mengaku sejak jadi mak nih, aku lebih suka kanak-kanak. Tapi prefer kanak-kanak riang, kanak-kanak ribena. Tapi kalau kanak-kanak cengeng tu jenuh jugak nak pujuk.. Anak sendiri takpe..

Bukanlah kata dulu tu menyampah ngan kanak-kanak.

teringat masa zaman sekolah dulu, kalau cikgu-cikgu bawak anak, confirm kawan-kawan aku dah pegi mengejar dah cikgu tu. Berebut nak pegang anak dia. Yang aku steady je. Muka memang confident, ego-egois dan sombong tahap nak kena campak lombong.

Aish tak kuasa aku nak berebut. Suka hati korang la nak pegang...


Hari ni, dah jadi mak, rasa nak kelek anak tu 24 jam, 7 hari. 


Lain perasaannya tu.

Masa tengah preggy tu memang dah terpikir macam-macam

Mampu ke nak jaga anak?
Mampu ke nak bangun tengah malam sebab aku jenis tidur mati jugak..
mampu ke nak bagi kasih sayang??
Mampu ke dari sudut kewangan?

Aish macam-macam la..

Tu kalau cerita kat orang mulut tahap nenek sihir, mahu dimaki aku

"KO pandai buat, pandai lah jaga"....


Tapi, orang kata, bila dah rasa, dah lalui, rasa biasa je..

Naluri keibuan datang sendiri..Gitu...

Ahah..sebut keibuan dah terbayang dah..Lemah lembut..Lemah gemalai..Pandai masak, rajin berkemas, gelak sopan, serba serbi sopan la gitu..

Cuma yang tu je aku rasa macam tak berapa ke arah tu..hahahaha

Taklah sopan sangat...Nak kata kurang adab pun bukanlah..Biasa-biasa je

Apa-apa pun, orang kata lalui lah kehidupan dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh kegembiraan...

Semoga perjalanan kehidupan kita, akan disinari cahaya kebahagiaan yang berkekalan hingga ke hujung nyawa..Wah gitu...



Ok lah nak, mak macam penat taip. Mata kelabu dah. Maklumlah malam tadi 3 kali bangun. Anak nak susu.. 

Tidur tidak pernah lena lagi, Tapi hati ini rasa terisi dan happy  :)
So, kepada mak-mak, terutama mama ku, I Love U so Mucchooo!!Besarnya pengorbanan seorang ibu..
*Berharap nanti anak aku pun akan tulis pasal aku dalam blog dia satu ari nanti..hahaha..jauh betul pemikiran :)


tata titi tutu

eh..eh...meh layan gambar sikit...hihi




tengok anak lena tidur, rasa bergetar rusuk kiri aku...hahaha

*sorry takde kena mengena


rasa lapang dada tengok little angel tidur :)


sekian

Wasalam..



1 comment:

  1. kan.
    yg penting mira nampak matang.. :)
    dapat bby diusia yg muda :)

    ReplyDelete