Wednesday, July 15, 2015

L'OCCITANE Miniature EDT Trio Raya

Assalammualaikum...


Sedang sibuk ke uolss??

Tengah bakar lemang? Bakar kuih raya? Gantung langsir? Berdengkur??

Tatkala menulis blog ini, diri ini masih berada di opis yang tercinta. Sunyi sepi. Sume dah balik kampung dengan riangnya. Takpe..takpe.. kasi can dorang dulu. Kita jaga opis.. Hehe

Kalau dah namanya raya, memang tak meriahnya raya la kalau tak bershopping kan. Tambah-tambah sekarang online shop melambak.

Daku tak terkecuali. Aih parah kalau beriban ada dalam akaun. Beriban jugak berdesup keluarnya.
(Masalahnya sampai ke beriban dalam akaun aku tuh??)

Sebagai rakyat Malaysia yang sedang gusar hal-hal negara, terutama kenaikan harga barang yang sangat tinggi, memang nak beli satu benda tu pikir doplohkali.

Tapi, teringin sangat punya pasal, pejam jap mata sikit.




ni free sample





lagipun tengah promo ni. Free shipping. Tapi, hari ni last day. Confirmla kalau order hari ni, lepas raya baru dapat. Order minggu lepas pun baru dapat hari ni,

Nasib sempat nak berwangi-wangian di hari raya yang mulia.

Bau dia?

Serius wangi semua

Baunya lembut je. 

*nak beli saiz besar dengan harga biasa rasa agak nak pitam dengan harga. sebab nak merasa punya pasal, marilah kita beli yang promo. Walaupun miniature, boleh pakai lama.

Kalau orang pakai set ni untuk 3 bulan, aku mesti pakai bertahun punya. Sayang punya pasal.. :p

Sekian
Wasalam~~

Thursday, July 2, 2015

Batal ke Puasa??

Assalammualaikum...


Kita selalu dimomokkan kata kalau dapat injection, batal puasa. Kalau masuk ubat mata, batal puasa.
Mungkin sebab kurangnya kefahaman dan tak dapat penjelasan yang jelas daripada orang yang boleh menjelaskan. ahah...jangan sampai nyanyi lagu Masih Jelas pulak.


Nih fakta yang  jumpa dari facebook. Opsss...

Ada orang kata tak boleh pakai weh kalau kat facebook ni. Bohong je semua.

Tak semua itu bohong. Ada yang betul.

Amboi, confident lagi kemain aku nih.

Sebabnya, dah pernah tanya doktor pakar. Berjantina lelaki, berbangsa Melayu, beragama Islam, berusia lingkungan 40-an bertugas sebagai pakar ENT (Ear, Nose & Throat) kat 1 specialist hospital.

Ada kes tertentu sahaja yang membatalkan puasa.

Contohnya kalau masukkan ear drop dalam telinga, sebenarnya tak membatalkan puasa, TETAPI, sekiranya ear drop dah drop sampai ke gegendang terus drop ke tekak, (mungkin kes gegendang telinga bocor) yang tu baru batal puasanya. Maka bolehlah berbuka makan KFC so Good.




Sama-sama kita menambah pengetahuan. Semoga entri ini bermanfaat untuk diri sendiri dan kalian yang membaca. Mira bukanlah golongan bijak pandai. Sekadar berkongsi apa yang tahu. Saya budak sedang belajar. Eh??Silap. Saya mak budak masih belajar. Terus belajar. Tetap terus belajar sampai bila-bila-bila-bila-bila-bila.

tata titi tutu
sekian
wasalam

#seriusnih