Sunday, June 28, 2015

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015

Assalammualaikum...

Salam 12 Ramadan.

Korang dah shopping raya ke? Biasa time-time gini memang penuh la Jalan TAR tu. Sesak. Jalan jem. Macam gaya bawak kete. Jalan kaki boleh jem weh. Bayangkan. Hebat tak hebat Jalan TAR tu.

Di kala orang semua berebut-rebut, bersesak-sesak, berasak-asak kat Jalan TAR tu, ada jugak yang tak minat, tak selesa nak shopping tempat camtu. Bukan sebab dia berlagak. Tapi mungkin tak boleh tengok baju banyak sangat takut terborong satu bazar tu.

Sekarang zaman dah canggih. Hujung jari je katanya. Lagi la senang nak habiskan duit kan. Tapi takpe, masing-masing ada cara shopping masing-masing.

Nah, sape-sape yang nak beli baju kat Nile.Com.My ni, memang murah-murah. Rasa nak pitam tengok harga dia.

Sekarang pulak tengah sale meletop-letop.
Jangan kata takde duit. Gaji ngan bonus dah masuk kot..hehehe

Ade promo sekarang. FREE DELIVERY beb!! Minimum purchase RM48 je. Dari 17/6/2015 sampai 16/7/2015. Giler ar







Price Meletop: RM11.50
Date: 01/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 100 pairs


Product: Cardigan/Sweater
Price Meletop: RM9.90
Date: 29/06/2015
Time: start 4.00pm 

Quantity: 200 pieces

Product: Tassel Retro Stylish Bag
Price Meletop: RM9.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 11.00am 
Quantity: 250 pieces




Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 200 pieces


Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm 

Quantity: 80 pieces



Product: Korean Men Sport Pant
Price Meletop: RM14.90
Date: 08/07/2015
Time start: 11.00am 
Quantity: 200 pieces


Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Quantity: 60 units


Cepat-cepat sikit shopping tu sebelum habis. Nanti nangis sebab dah habis, takde sape nk pujuk awok tu.Tanggung la kekesalan itu seorang diri. Aduyai tragis rasanya kan..hihihi

Bukan susah pun. Online je.Klik itu ini. Tup, sampai.
Dah boleh pakai dah. 

**Melompat-lompat tengok harga dia yang murah sangat tu..hihi


tata titi tutu
sekian~~








Wednesday, June 24, 2015

Dia Bukan Lelaki Biasa - Tuan Guru Nik Aziz

Assalammualaikum...


Perginya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah satu kehilangan yang sangat besar bagi negara umumnya dan umat Islam di Malaysia khasnya.

Dikenali dengan panggilan Tuan Guru, Allahyarham sememangnya seorang tokoh yang paling zuhud dan warak kat Malaysia ni.

Nak tahu lagi tentang kehidupan Allahyarham semasa hayat beliau, jom dapatkan buku keluaran terbaru ni.

Status masih PRE-ORDER.

Kepada yang berminat boleh, place order dan buat bayaran sekarang. Nanti bila dah siap cetak, akan dihantar terus kepada pembeli.







Harga jualan RM 25 dan sekarang masih promosi FREE POSTAGE.

Kepada yang berminat:
Boleh emel saya

miraadzlia@yahoo.com


 "Kita hidup di dunia ini bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat, kita bertani biar sampaii ke akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam mana nak sampai ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ni tak pernah fikir tentang akhirat?"
Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 23 April 2010.

Tuesday, June 23, 2015

Iftar@KL

Asslammualaikum..


Orang kata bulan Ramadan nih rezeki murah. Boleh berbuka free. Sekarang bukan orang yang kata lagi, tapi memang fakta.

Kalau rasa membazir berbuka kat hotel yang harganya mahal, malas bersesak-sesak dekat bazar Ramadan. Hah nin dia tempat dia.

tempatnya betul-betul di depan Datarn Merdeka & Bangunan Sultan Abdul Samad


banyak program yang dah diaturkan. Ramai penceramah & selebriti terkenal 


Nih pameran daripada Jabatan Warisan Negara

barang yang dipamerkan adalah perlatan dapur tradisional



tikar dah siap bentang dengan makanan & minuman dah siap diletakkan. Tinggal nak duduk je

Bubur lambuk dibagi percuma


\
antara pelajar Tahfiz yang join program ni

pelbagai bangsa, agama, warganegara yang datang memeriahkan suasana

amboi abang tu, bawak air sirap PERCUMA.

*terliur jap sebab masa typing ni siang hari...di bulan Ramadan

nak tau isi kotak ni apa?
sila tengok bawah

|
|
|
|



Memang terbaik derr...FREE & SEDAP


Berminat?? boleh join lagi.. Rileks. Tiap-tiap weekend sepanjang Ramadan. So, set la masa korang. Bukan je dapat berbuka ramai-ramai, tapi boleh sembahyang terawih berjemaah lagi.

tata titi tutu
sekian~~


Monday, June 22, 2015

Caliburger

Assalammualaikum...

CaliBurger adalah jenama makanan segera daripada California, Amerika Syarikat yang kini sudah menerokai pasaran negara China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Filipina, Eropah dan akan berada di pasaran Sweden serta London pada tahun depan. - Info daripada Harian Metro Online


Nak rasa sedap ke tidak burger ni. Maka, saya telah menjoinkan diri register nak dapat burger FREE. hihi

FREE beb!!

Tak payah keluar duit sesen pun..hihi

Kalau sedap, barulah berbaloi nak pegi lagi kan. Kan. Masa tu berbayar la. adeh, nape Caliburger tak nak bagi bekalan burger selama setahun.. Kau rasa, berbaloi tak dorang nak bagi FREE setahun??pengsan**






terkial-kial masa nak amik air kat sini. Tak tau nak tekan mana. Rupanya tekan button kat bawah tu. Nasib ada staff tunjuk. Malu sebenarnya time tu pasalnya tu pun tak reti kan. Tapi peduli hape, sapa suruh mesin air dia lain rekabentuk..hehe

Sambil tunggu burger dan fries siap, meh kita minum dulu

ni antara kelainan kat sini. Pergh canggih zaman sekarang ya.
Buzzer ni akan bergetar dan menyala bila makanan kita dah siap. Tak payah nak posing sangat depan kaunter sambil menunggu makanan siap.

Duduk je sambil tunggu notification dari buzzer tu.

Jakun kejap weh. Tapi mampu dalam hati je. Pasal cover cun walaupun tak cun macam Mak Cun bedak sejuk.


Cali Cheeseburger
Satu set RM 18++

pada pendapat juri awam ni, okey SEDAP. Saiz burger agak besar sikit ala-ala Carls JR (tapi Carls JR dulu-dulu lagi besar boleh kongsi lagi)


Fries pun sodap.

Adik bagi 4 ****  


Next time try lagi. Kali ni BAYAR..hukhukhuk

nak cuci mata dengan menu

nak like facebook page

terlupa nak bagitau tempat pulak

nih memang 1st branch kat Malaysia

Level 1, Avenue K
(Avenue K nih dekat stesen LRT KLCC _pada siapa yang tak tau la. Kalau tau diam-diam sudah..hihi)

**Mohon jangan marah ya update pasal makanan di bulan Ramadan ni. Iman korang kan kuat..hehehe

tata titi tutu
sekian~

#luculaawakni

Sunday, June 21, 2015

#FOOD4SYRIA

Assalammualaikum...

Salam Ramadan ke 5....

Sedekah di bulan Ramadan dikatakan banyak kelebihannya.

Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada 
bulan Ramadan".


Pengajaran daripada hadis tersebut :

1) Umat Islam seharusnya memperbanyakkan sedekah tanpa memikirkan kerugian kerana balasan setiap satu kebajikan amat besar di sisi Allan di akhirat kelak.

2) Sedekah bukan hanya tertakluk pada memberi duit tetapi juga mengajak dan menyediakan juadah berbuka bagi mereka yang berpuasa terutama golongan fakir miskin dan kurang berkemampuan.

3) Konsep sedekah diterapkan bukan sahaja waktu bulan Ramadan, tetapi juga pada bulan-bulan lain.

4) Sedekah haruslah ikhlas dan bukan tujuan menunjuk-nunjuk.


**Sumber asal daripada laman web www.islam.gov.my.


Pernah sorang bff tertanya-tanya, macam mana perempuan nak rebut ganjaran yang banyak dalam bulan Ramadan, terutama ketika datang haid. Masa tu tak boleh sembahyang, puasa, mengaji, solat sunat terawih. Bila beliau dok cari-cari jawapan, SEDEKAH tu antara salah satu perkara yang boleh dilakukan untuk memperoleh ganjaran.


Kepada yang nak beramal di bulan Ramadan ni, Syria Care sedang mengumpul sumbangan untuk rakyat Syria.





**boleh tengok kat sini pakej-pakej sumbangan yang korang nak buat.




Gambar-gambar masa Kempen Ramadan Alkhir tahun 2013

**kredit gambar syriacare.org.my


Walau kecil sumbangan, ikhlasnya besar, maka besar lagilah pahala yang bakal diterima.

Jom sama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan...


tata titi tutu
sekian~~






Thursday, June 18, 2015

Baby Food Storage

Assalammualaikum..

Post ni adalah umum. Tapi, yang akan selalu baca dan cari pasal nih mesti kaum Hawa gitu kan.
Biasalah kalau dah ada anak ni, anak punya keperluan dah jadi no 1. Mak punya no 2. Cuma kadang-kadang yang jadi mak no 1..hihi.....

Memang dah lama mencari food storage ni. Dulu masa anak belum cukup umur nak makan, excited ni pikir macam-macam nak beli. Food blender la, warmer la, food storage la. Bagai semua ada la. Apakan daya, itu cuma angan-angan. Tiba masa anak cukup umur, tak dibeli pun satu. Aish...konon nak tengok sejauh mana keinginan anak untuk makan.

Ahah..si anak nampaknya Alhamdulilah. Suka makan. Selera makan. Banyak Makan.

Okey hati si mama rasa seronok melompat sampai kena kipas siling.

Tapi ada masalah pulak. Bab penyimpanan makanan.

Si mama ni kutiplah ceruk mana tupperware yang Tok Mama si anak simpan kat rumah. Namun, saiznya besarlah gabak. Itu macam saiz mamanya yang nak makan. Dapat free Tupperware berkat pegi kenduri kahwin. Doorgift katanya. Nasib baik sebab kecik sikit saiznya. Tapi, apa tapi lagi. Tapi tidak mencukupi juga nak simpan stok puree. Satu lagi, kalau boleh tak nak guna Tupperware yang besar gabak tu. Sangat tak proper & membuat tempat penyimpanan jadi semakin sempit.


Sebenarnya, mula-mula ada rasa tangkai jering nak beli food storage ni. Alih-alih ntah pikir macam mana. Kena beli juga. Bukanlah mahal sangat nak tangkai jering. Bukan kalau tak beli mama kau boleh dapat beli baju Zalora yang diidamkan. Maka, belilah jugak dengan duit papa...hihihi










pada siapa yang sedang mencari-cari food and breastmilk storage ni. atas tu saya ada bagi link.

Sepanjang survey, memang yang ni antara yang murah. RM 18.27 harga sebelum diskaum RM 21.50. Termasuk postage harganya jadi RM 24.27


Ada 3 warna.

Plum adalah pilihan. Maklumlah peminat tegar kaler purple...hehe



okey la nak. Mak nak beransur dulu ya...

tata titi tutu
sekian






Wednesday, June 17, 2015

Dia...Isteri Luar Biasa

Assalammualaikum...

Salam 1Ramadan buat semua blogger dan juga pembaca blog.

Tengok tajuk post saya bukan nak cerita pasal drama nih. Tapi promo novel nukilan Ain Nadzimah. Mesti ramai yang memang follow drama nih dri awal. Mesti ada yang tak sabar nak tahu kesudahan. Justeru itu, kepada yang berminat nak memiliki novel nih, boleh dapatkan daripada saya. Ha..saya penjual. Korang meh lah jadi pembeli..Hihihi


RM 24.00
(harga tidak termasuk postage)

**pembeli bertuah akan dapat diskaun untuk postage  :)

berminat boleh emel ke : miraadzlia@yahoo.com

Meh belanja sinopsis novel ni...

SINGLE is simple, double is trouble…
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy… Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” ~ DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara¬’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar… errr… Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu…” ~ RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Temui jawapannya dalam DIA… Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Penulis: Umie Nadzimah
ISBN: 978-967-0567-15-0
Berat: 0.5kg

tata titi tutu
sekian~~

Selamat Berpuasa!!!


Assalammualaikum....


kredit gmbar : facebook page Upin Ipin

Kepada yang lupa niat berpuasa, ha tu dia Upin Ipin tolong ingatkan..hihihi

Sempena bulan yang baik, dengan hati yang baik, saya yang baik mohon doa baik-baik dan in shaa Allah akan mendoakan yang baik-baik juga pada kalian dan mohom ampun dan maaf kepada yang dikenali, yang selalu dilawati dan yang tak berapa mengenali diri ini,
maaf segala salah sialp, terkasar kata & bahasa.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh barakah



#ramadanmulia
#luculaawakni

tata titi tutu 
sekian

Wednesday, June 10, 2015

Baju Baby Premature

Assalammualaikum...

Lately, giler buntu nak menulis. Bukan sebab takde idea, tapi sebab banyak sangat topik nak tulis sampai tak tau yang mana nak publish dulu. Ha kau rasa aku membohong ke membenar? Tak guna kalau idea melimpah tapi tak campak sikit dalam blog tersayang. Tak gitu.

Okey kali ni pengalaman untuk baby prem. Seperti yang sedia maklum, dan mungkin baru tau maklum, diri ini telah dikurniakan bayi ajaib. Eh, bukannya ajaib tu macam magic ke hape. "Miracle baby", baby ajaib la kan. Alhamdulilah Allah bagi rezeki. Dapat zuriat dari daging sendiri. Mengandung di perut sendiri.

Disebabkan baby tak cukup bulan, maka baju-baju yang dibeli besar-besar melaka. Eh belaka. Sebenarnya juga, tak sempat nak beli pun ye jugak. Pasalnya verangan nak pergi ekspo baby bulan 9. Tapi dah beranak bulan 8. Huhuhu...

Takkan baby nak bogel pulak ye. Baju besar dah macam kelakar pun ada. Sian kat dia. Jadi, pikiran buntu. Mana mau cari baju yang sesuai ngan saiz beliau. Buntu lagi pasalnya cuti bersalin dok kat umah dah macam tak tau dunia luar.

Uit lembab pulak sel otak nak berhubung. Terputus hubungan sebab urat putus masa bersalin...hihihi

Online kan ada..Apa ke lembab bebeno diriku masa itewww...






ini website dari UK...bukan Ulu Kelang tapi United Kingdom gitu.. Jadi harga semua dalam Pound sterling. Korang kena convert ke Ringgit.. 

Bayar boleh pakai debit card gitu..

Masa order aritu takdelah lama sangat penghantaran. Lebih kurang seminggu je. Nasib baik cepat. Kalau tak mau masa sampai baju tu anak dah besar tak muat dah nak pakai..huhu...

okey...belom habis lagi..

ada lagi tempat yang lagi mudah dan senang nak cari baju baby kecik-kecik ni..


memang banyak sangat dijual di sini.

dan harga pun lagi murah...

kat sini pun ada... from head to toe....
dijual 1 set lagi...mudah kan..


jadi, terpulanglah pada mak-mak nak buat pilihan. 

saya suggest, tak perlu beli banyak-banyak baju prem ni sebab in shaa Allah, baby prem cepat membesar ke saiz normal baby. 


**sorry tak lampirkan sekali gambar personal. Sebab semua dalam handphone lama yang memang dah hang tak boleh buka galeri gambar..sedih :(  (motip nak bagitau semua orang beli henpon baru..hihi) 

tapi..pengalaman membeli tu memang diri sendiri. Serius nih. 

#luculaawakni

tata titi tutu
sekian~~