Thursday, June 18, 2015

Baby Food Storage

Assalammualaikum..

Post ni adalah umum. Tapi, yang akan selalu baca dan cari pasal nih mesti kaum Hawa gitu kan.
Biasalah kalau dah ada anak ni, anak punya keperluan dah jadi no 1. Mak punya no 2. Cuma kadang-kadang yang jadi mak no 1..hihi.....

Memang dah lama mencari food storage ni. Dulu masa anak belum cukup umur nak makan, excited ni pikir macam-macam nak beli. Food blender la, warmer la, food storage la. Bagai semua ada la. Apakan daya, itu cuma angan-angan. Tiba masa anak cukup umur, tak dibeli pun satu. Aish...konon nak tengok sejauh mana keinginan anak untuk makan.

Ahah..si anak nampaknya Alhamdulilah. Suka makan. Selera makan. Banyak Makan.

Okey hati si mama rasa seronok melompat sampai kena kipas siling.

Tapi ada masalah pulak. Bab penyimpanan makanan.

Si mama ni kutiplah ceruk mana tupperware yang Tok Mama si anak simpan kat rumah. Namun, saiznya besarlah gabak. Itu macam saiz mamanya yang nak makan. Dapat free Tupperware berkat pegi kenduri kahwin. Doorgift katanya. Nasib baik sebab kecik sikit saiznya. Tapi, apa tapi lagi. Tapi tidak mencukupi juga nak simpan stok puree. Satu lagi, kalau boleh tak nak guna Tupperware yang besar gabak tu. Sangat tak proper & membuat tempat penyimpanan jadi semakin sempit.


Sebenarnya, mula-mula ada rasa tangkai jering nak beli food storage ni. Alih-alih ntah pikir macam mana. Kena beli juga. Bukanlah mahal sangat nak tangkai jering. Bukan kalau tak beli mama kau boleh dapat beli baju Zalora yang diidamkan. Maka, belilah jugak dengan duit papa...hihihi










pada siapa yang sedang mencari-cari food and breastmilk storage ni. atas tu saya ada bagi link.

Sepanjang survey, memang yang ni antara yang murah. RM 18.27 harga sebelum diskaum RM 21.50. Termasuk postage harganya jadi RM 24.27


Ada 3 warna.

Plum adalah pilihan. Maklumlah peminat tegar kaler purple...hehe



okey la nak. Mak nak beransur dulu ya...

tata titi tutu
sekian






1 comment:

  1. tq atas infonya..mmg tgh cari jgk ni sbb azam skrng mknn organik utk baby dan ofcos mknn baby buatan sendiri..no more instant. buat byk2 dan simpan beku..

    ReplyDelete