Tuesday, March 24, 2015

Watsons Online

Assalammualaikum....


Memang syiok la kan kalau bershopping online..semua pun di hujung jari je...

Tambah-tambah kalau berjantinakan perempuan. Rambang mata sesaja. Itu nak! Ini nak!Mata oh mata. Kenapa sering tergoda. Duniawi semata. Eceh. Lepas tu amik mouse klik kat 'add to cart'. Ko rase??

Tak salahkan membeli-belah ni. Bukannya beli apa pun. Barang keperluan jugak kan. Untuk sendiri, untuk suami, untuk anak, untuk mak, untuk pak, untuk semua lah. Ni shopping kat Watson online ni. Serius seronok beb!! Klik saje. Dah la banyak free item. Dengan diskaun lagi. Boleh collect point lagi. Bole bayar pakai kredit atau debit card lagi. Boleh hantar sampai rumah lagi. Hah.nak apa lagi. Shopping aja lah.

Semua orang mau untung ma!! Takde sape nak rugi. Keluar duit mesti nak yang barang free jugak kan. Nah korang tengok ni



Nampak tak tu senarai 'special offer'?? Banyak kan. Klik je nanti keluar la apa item yang perlu beli untuk dapatkan barang free tu.



Hasil pembelian online gitu. Tapi yang ni pick up sendiri kat store Watson. Boleh pilih la nak pick up kat store yang mana. So, jimat la RM 8 sebab takde charge penghantaran. Yippie. Tapi berat la sikit nak pikul. Hahahaha




Nah..ni semua free item. Sebenarnya barang paling wanted tu la. Mafla Manchester United.
No.no.no. Itu suamiku yang berkeinginan sangat tuh. Dah lama nak sangat. Dulu ada dah Watson buat promo. Tapi sedih dan kuciwanya bila pergi store Watson, staff kat kaunter dia blurr tak tahu pasal promo nih. Bila tanya staff lain rupanya dah habis stok. Kuciwa.

Tapi sekarang dah tak kecewa lagi. Sebab dah dapat pun ha. Harap bergumbira!!! hihihi

Dah macam duta Watson rasanya.
Takdenya Watson lantik. Saja gatal nak tulis pasal Watson Online sebab bagi aku berbaloi berbelanja kat sini. Jadi kita kongsi dengan semua yang belum tahu. Kalau dah tahu, jom sambung shopping lagi. *Pengsan*

Sekian..

Tata titi tutu


Sunday, March 8, 2015

Bidadari Dari Syurga

Assalammualaikum...


Tanggal 4 Ogos 2014 jam 8.40 malam lahirlah seorang bayi perempuan...uwekk..uwek..bunyi tangisannya....

Aduh..macam skema sangat penceritaannya tu kan..

Okey...santai aje..

Sebenarnya nak cerita pasal anak. Maklumlah dah bertukar status jadi mak. Pergh...rasa sekejap je masa berlalu.

Nak dijadikan cerita, raya tahun lepas.

First time beraya sebagai isteri kepada seorang suami yang berasal dari Johor Bahru. Jadi, balik lah kami ke Johor. Seminggu jugak lah kat sana. Masa tu tengah pregnant 6 bulan lebih. Time raya kan banyak sangat juadah yang menggiurkan. Jadi, sebelum berpantang lama, nikmatilah nikmat makanan yang lazat. Seminngu kat JB, maka pulanglah kami ke ibu kota yang penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Baru nak start keje semula lepas cuti lama, tup-tup, sakit perut yang teramat sangat.

Macam sakit period pain (perempuan sahaja yang tahu..huhu). Pastu sakit tu hilang. Tetiba datang semula. Macam berjadual pula. 15 Minit pergi. 15 minit datang. Ek eh..dah macam contraction la pulak. Dalam  hati dok kata. Tapi, hati menidakkan sebabnya baru 6 bulan setengah..Cmon baby its not the right time. Awal sangat nih. Mustahil kan sakit nak beranak. Google la pasal sakit tu.

Ada yang kata pre contraction pains. Ala-ala macam practise la sebelum contraction yang betul-betul punya. Gitu la kan. Kata orang practise makes perfect. Ahah..yakin sangat kan..

Malam tu memang dah tak tahan sangat. Bayangkan semalaman menahan sakit. Real punya sakit. Malam tu dah rasa lain sangat sakit tu tak mampu tahan dah. Dalam kereta konon on the way nak ke klinik je pun. Nak check jela konon. Buku merah ntah ke mana. duit pun tak bawak. Baju apa semua takde. Melenggang bawak perut je.

Pecah ketuban dalam kereta. Sampai hospital boleh lagi doktor dengan nurse nak bertekak pasal kes ni. Aish..rasa nak maki tapi tengah sakit..Sabar..sabar bawak bertenang. Semoga dipermudahkan. Doa dalam hati jela kan. Baru nak check ;jalan' kononnya. Terus tolak dalam labour room.

20 minit, terus bersalin.

Lahirlah Nur Falisya ;Affiyyah binti Mohd Firdaus. Berat 920gram.

Alhamdulilah cukup sihat.

Tapi...
haruslah kena tahan kat wad NICU (Neonatal Intensive Care Unit)..

Berapa lama??

2bulan lebih. Sampai cuti bersalin dah nak habis..Baru our little angel balik ke pangkuan kami..

Argh...rasa macam mimpi kan..tapi itulah realiti..fuh...

Cerita selebihnya.. Next post pulak okey.

Terima kasih pada yang sudi membaca.. Love u olls :)


Little angel

Wednesday, March 4, 2015

Terbina Blog Baru

Assalammualaikum...

Lama benar tidak bertemu di laman blog ni...

Adeh...

Rindu kot...

Blog baru..tapi blogger lama..lama pun tak lama sangat la kan..

Blog baru ni wujud atas dasar nak kan url baru je..sebab kalau tukar url kang semua post yang zaman kaduk hilang belaka...Bersemangat ni nak update lagi banyak cerita..

tata titi tutu

sebelum melabuhkan tirai untuk post pertama bagi blog baru ni untuk tahun baru ni..bulan baru ni..
Kita belanja awak gambar sikit..