Sunday, March 8, 2015

Bidadari Dari Syurga

Assalammualaikum...


Tanggal 4 Ogos 2014 jam 8.40 malam lahirlah seorang bayi perempuan...uwekk..uwek..bunyi tangisannya....

Aduh..macam skema sangat penceritaannya tu kan..

Okey...santai aje..

Sebenarnya nak cerita pasal anak. Maklumlah dah bertukar status jadi mak. Pergh...rasa sekejap je masa berlalu.

Nak dijadikan cerita, raya tahun lepas.

First time beraya sebagai isteri kepada seorang suami yang berasal dari Johor Bahru. Jadi, balik lah kami ke Johor. Seminggu jugak lah kat sana. Masa tu tengah pregnant 6 bulan lebih. Time raya kan banyak sangat juadah yang menggiurkan. Jadi, sebelum berpantang lama, nikmatilah nikmat makanan yang lazat. Seminngu kat JB, maka pulanglah kami ke ibu kota yang penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Baru nak start keje semula lepas cuti lama, tup-tup, sakit perut yang teramat sangat.

Macam sakit period pain (perempuan sahaja yang tahu..huhu). Pastu sakit tu hilang. Tetiba datang semula. Macam berjadual pula. 15 Minit pergi. 15 minit datang. Ek eh..dah macam contraction la pulak. Dalam  hati dok kata. Tapi, hati menidakkan sebabnya baru 6 bulan setengah..Cmon baby its not the right time. Awal sangat nih. Mustahil kan sakit nak beranak. Google la pasal sakit tu.

Ada yang kata pre contraction pains. Ala-ala macam practise la sebelum contraction yang betul-betul punya. Gitu la kan. Kata orang practise makes perfect. Ahah..yakin sangat kan..

Malam tu memang dah tak tahan sangat. Bayangkan semalaman menahan sakit. Real punya sakit. Malam tu dah rasa lain sangat sakit tu tak mampu tahan dah. Dalam kereta konon on the way nak ke klinik je pun. Nak check jela konon. Buku merah ntah ke mana. duit pun tak bawak. Baju apa semua takde. Melenggang bawak perut je.

Pecah ketuban dalam kereta. Sampai hospital boleh lagi doktor dengan nurse nak bertekak pasal kes ni. Aish..rasa nak maki tapi tengah sakit..Sabar..sabar bawak bertenang. Semoga dipermudahkan. Doa dalam hati jela kan. Baru nak check ;jalan' kononnya. Terus tolak dalam labour room.

20 minit, terus bersalin.

Lahirlah Nur Falisya ;Affiyyah binti Mohd Firdaus. Berat 920gram.

Alhamdulilah cukup sihat.

Tapi...
haruslah kena tahan kat wad NICU (Neonatal Intensive Care Unit)..

Berapa lama??

2bulan lebih. Sampai cuti bersalin dah nak habis..Baru our little angel balik ke pangkuan kami..

Argh...rasa macam mimpi kan..tapi itulah realiti..fuh...

Cerita selebihnya.. Next post pulak okey.

Terima kasih pada yang sudi membaca.. Love u olls :)


Little angel

5 comments:

  1. Subhanallah, tak sampai 1kg. Alhamdulillah baby sihat. Tahniah awk.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan, kak mira. I'll follow your blog. Tertarik ngan kisah2 kak mira especially your cute little baby. Huhu..I have a new blog too. Tpi bezanya, I'm a new blogger. Kak mira pulak blogger senior. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. lama x singgah mira pon dh jadi ibu
    dkt j la tarikh lahir falisya dengan rania.rania 10/8/2014

    alhamdulillah.. smga mmbsar sbagi anak solehah aamiin

    ReplyDelete
  4. comelnya... mcm SoJin Girls Day. hehe, befday saya pun bulan Ogos gak ^^

    ReplyDelete