Thursday, August 6, 2015

Mitsui Outlet Park, KLIA


Assalammualaikum...

Mood menulis tu dah hari-hari ada. Semangat pun tinggi setinggi langit ketujuh. Masalahnya idea pulak tak mari-mari. Stress adik tau kak. Aish..Hari ni, bertekad nak kembali semula menulis. Tak kiralah topik apa. 

Berdasarkan gambar yang ado, tajuk hari ini, Mitsui Outlet KLIA.

Tempat yang agak baru. Dibuka dengan rasminya pada 30 Mei 2015.

Sebab tempatnya agak jauh la jugak dari teratak bese-bese aku tu, maka belum terbuka hati nak pergi melawat. DItakdirkan, laki aku outstesen jadi kena hantar kat KLIA, Jadi, ni lah peluang nak menuju ke sana sekali kan. Sekali jalan katanya.

Dengan niat menyinggah aje. Atas alasan ongkos tak berapa nak hado, maklumlah baru sambut Hari Raya yang mulia kan..hehe

Sampai je kat simpang masuk, teruja tengok ni.

Bapak besarnya!!

Sebab besar sangat sampai tak tau nak parking kat mana. Parking semua memang open.  Aku suka parking open camtu.

Silalah menjamu mata dengan gambar tak seberapa dari kami. 



3 generasi......
Nampak mak dia punya dengki, sanggup sabotaj anak...hehe :p

butik pertama aku masuk, sebab teruja giler. Kononnya penggemar Zalora ni. Selalu tengok online je.


Anak dara ni cari keje cabut pokok

Muka toya sebab mengantuk. Maap ler, mak awak ni excited nak jenjalan. Sampai lupa waktu tidur anak..hehe




Ok gambar pun tak berapa nak banyak. Cukup la tu belanja sikit gambar kami...hehe...
Kang muak tengok. Sebab aku bukan Che Ta yang cun melecun tu..hehe

Nak amik gambar tempat ni pun tak berkesempatan sangat. Maklumlah bawak 'keychain' bersama. Banyak melayan beliau. Gilir-gilir ngan mak aku mendokong dia. Kalau ada Mr Hubby bolehlah bergambar rajah banyak sikit pasal selalu anak dia yang dokong pakai baby carrier....ngeh :p





Penilaian peribadi aku, tempat ni ala-ala JPO la. Cuma tak berapa menarik perhatian aku. Mungkin sebab tempat ni masih baru. Mungkin jugak sebab aku tak berapa nak mampu dengan barang-barang branded ni. dan mungkin jugak memang tempat ni bosan...Tapi, aku tengok ramai je orang, Semua bershopping dengan ghairah sekali. Tak nampak pulak muka bosan.

Masing-masing nilaikan la ye. Kalau aku, setakat menyinggah boleh lah. Dasar nak pergi jauh-jauh menyopping, tak kuasa pulak hakak dik non. . Dengan parking pun yang agak mahal. Matilanakkk

Sekian~~
Wasalam

2 comments:

  1. si comel macam anak korea cute mata sepet:)

    ReplyDelete
  2. comelmya dia..
    kena la ikut mama window shoping erk.sian dia
    jauh nuta nk ke sana.x pnh sampai lagi

    ReplyDelete