Sunday, June 21, 2015

#FOOD4SYRIA

Assalammualaikum...

Salam Ramadan ke 5....

Sedekah di bulan Ramadan dikatakan banyak kelebihannya.

Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada 
bulan Ramadan".


Pengajaran daripada hadis tersebut :

1) Umat Islam seharusnya memperbanyakkan sedekah tanpa memikirkan kerugian kerana balasan setiap satu kebajikan amat besar di sisi Allan di akhirat kelak.

2) Sedekah bukan hanya tertakluk pada memberi duit tetapi juga mengajak dan menyediakan juadah berbuka bagi mereka yang berpuasa terutama golongan fakir miskin dan kurang berkemampuan.

3) Konsep sedekah diterapkan bukan sahaja waktu bulan Ramadan, tetapi juga pada bulan-bulan lain.

4) Sedekah haruslah ikhlas dan bukan tujuan menunjuk-nunjuk.


**Sumber asal daripada laman web www.islam.gov.my.


Pernah sorang bff tertanya-tanya, macam mana perempuan nak rebut ganjaran yang banyak dalam bulan Ramadan, terutama ketika datang haid. Masa tu tak boleh sembahyang, puasa, mengaji, solat sunat terawih. Bila beliau dok cari-cari jawapan, SEDEKAH tu antara salah satu perkara yang boleh dilakukan untuk memperoleh ganjaran.


Kepada yang nak beramal di bulan Ramadan ni, Syria Care sedang mengumpul sumbangan untuk rakyat Syria.





**boleh tengok kat sini pakej-pakej sumbangan yang korang nak buat.




Gambar-gambar masa Kempen Ramadan Alkhir tahun 2013

**kredit gambar syriacare.org.my


Walau kecil sumbangan, ikhlasnya besar, maka besar lagilah pahala yang bakal diterima.

Jom sama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan...


tata titi tutu
sekian~~






1 comment:

  1. ganjaran sedekah MasyaAllah, besar sangat. rugi sangat tak ambik peluang bersedekah pd bulan mulia ni

    ReplyDelete