Sunday, May 24, 2015

ZAWARA ONLINE

Assalammualaikum...


Kenali Jenama Zawara

Akhir-akhir ini, semakin banyak jenama yang mengeluarkan koleksi pakaian Muslimah. Seperti yang kita sedia maklum, pakaian Muslimah semakin mendapat perhatian di kalangan penggemar fesyen khususnya wanita yang betudung. Semakin ramai juga wanita yang kini mengenakan hijab dan tidak mahu ketinggalan dalam tampil bergaya. 

Salah satu jenama terbaru yang menyediakan koleksi pakaian Muslimah terkini adalah ZAWARA. Mungkin masih belum dikenali ramai, namun pada pendapat saya, ZAWARA merupakan jenama pakaian Muslimah yang patut dikenali oleh semua wanita Muslimah di Malaysia. 

Bukan sahaja kita patut menyokong jenama tempatan, ZAWARA juga membariskan koleksi pakaian yang sangat berkualiti dan boleh anda miliki dalam tawaran harga yang cukup berpatutan.





Di Zawara online, anda boleh menemui koleksi jubah moden yang direka khas untuk para Muslimah moden. Bukan sahaja sesuai digayakan ke tempat kerja, koleksi jubah ini juga boleh anda gayakan ke majlis-majlis istimewa yang lain.





Selain koleksi pakaian formal, ZAWARA juga menyediakan koleksi pakaian kasual seperti long pants dan blouse Muslimah yang sopan dan trendy. Setiap pakaian yang dikeluarkan oleh ZAWARA diperbuat dengan menggunakan material yang berkualiti dan menjamin keselesaan anda. Selain itu, pakaian Muslimah yang ditawarkan juga direka dengan mengikuti citarasa trend terkini.





Oleh yang demikian, jika anda juga merupakan seorang penggemar ZAWARA, anda kini boleh membuat pembelian anda di ZALORA Malaysia. Zalora turut menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma serta pulangan percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. 

5 comments: